Hello Kawan-kawan!
Hari ini sangat istimewa kerana saya akan kongsikan resipi " Ketam goreng ikan masin".
Pernah makan sebelum ini? Kalau pernah, mesti anda teringat kesedapannya lagi, betul tidak? Kali ini, anda tidak perlu pergi ke restorant untuk makan ketam goreng ikan masin lagi, anda boleh menyediakan sendiri.
Semalam, kami merayakan hari jadi salah seorang teman serumah saya dan ini salah satu menu kami.Walaupun saya menjadi pembantu sahaja semalam tetapi tidak apa, saya termasuk juga dalam proses penyediaan..haha.
Tanpa membuang masa...mari mencuba resipi ini!
Bahan-bahan :
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
Mentega
2 biji telur masin ( ambil kuning telurnya sahaja)
Susu pekat
susu cair
2 ulas bawang putih (dihiris halus or diketuk)
Tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng ketam
Cara-cara penyediaan :
Untuk cara penyediaan, saya akan bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian 1
-Rebuskan telur masin, keluarkan kuning telurnya dan hancurkan sehingga lumat.
-Gaulkan ketam dengan adunan tepung jagung ( Sila rujuk gambar bawah)
- Gorengkan ketam bersalutkan tepungjagung dalam minyak panas.
-Selepas digoreng, asingkan dan ketam akan kelihatan seperti bawah.
Bahagian 2
-Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari sampai wangi.
-Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
-Masukkan susu segar, susu pekat dan garam secukupnya.
- Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.
Inilah hasilnya!! Sedap..yummy!
Close up!
Terima Kasih kepada teman serumah kerana menyediakan resipi sedap ini. Saya bangga menjadi "assistant" dan jurugambar..hahaha
Selamat Mencuba!
What's your opinion?
Please share your thoughts.