#keriitletokitchen : Cara memasak kari ayam senang dan cepat


Selamat hari Sabtu!
Siapa suka makan kari ayam sini, sila angkat tangan?! hahaa. Jika anda suka, kita sama! Tetapi saya suka makan kari ayam yang dimasak sendiri atau Mummy Ollo, paling sedap!
Jadi, ini cara-cara memasak kari ayam sedap dan senang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam dipotong kecil
- Ubi kentang 1 biji
- Serbuk Kari ayam Baba's ( yang warna hijau)
- Bawang putih 1 biji
- Bawang merah 1 biji
- Santan 

Cara- cara memasaknya:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dipotong atau ditumbuk
2. Letakkan ayam dan gaulkan sampai sebati.
3. Letakkan air ( serbuk kari ayam Baba's + Air)
4. Letakkan kentang yang telah dipotong kecil
5. Biarkan seketika dan letakkan santan mengikut citarasa anda, saya letak sikit saja.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan ayam masak
7. Masak!!

SEDIA UNTUK DIMAKAN!!

This is our lunch today.





Saya suka makan kari ayam dengan nasi panas-panas atau makan dengan roti. Tetapi yang paling sedap apabila makan kari ayam dengan adut ( traditional Kenyah food)...adeiii!!

Sila mencuba dan jika sebarang pertanyaan, jangan malu-malu comment or check my social media.
Facebook : Keriitleto Paya
Instagram : @keriitleto

Love,
Aya

What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)