Pengalaman kena positif COVID-19


Setelah hampir 2 tahun kami selamat dari virus covid-19, akhirnya kami sekeluarga kecundang di tahun February 2022 ini. Kami kena positif COVID-19!

Kami kena ni sebab kami kontak rapat yang positif COVID-19. Tetapi benda ni memang susah mau kawal suda. Jadi bertabahlah.

Seperti yang semua tahu, sebelum 1 Mac 2022, sesiapa yang kontak rapat dengan yang positif covid-19 dan bergejala juga kena home isolation, jadi kamilah yang kena ni.

Tahun 2022 ini memang agak mencabar bagi keluarga kami dan saya rasa setiap bulan kami menghadapi cabaran besar dan kami harus kuat menghadapinya.

Disini saya kongsikan pengalaman kami sekeluarga kena positif COVID-19 dan saya selitkan apa yang perlu dilakukan juga semasa dalam proses pemulihan/sembuh dari covid-19 ini.

Note: Maybe pengalaman covid fighter yang lain berbeza so ini pengalaman saya dan keluarga.


18 Feb 2022( Friday)

Saya hantar anak saya ke tempat babysitter seperti biasa.

Babysitter bgtau anak dia selsema jadi tak pegi sekolah. Time tu, saya tidak terfikir pula dia ada symptom covid dan sebab sudah disana, saya tinggalkan sajalah anak dengan babysitter.

Setelah habis kerja pada petang Jumaat, saya ambil Karl macam biasa dan babysitter bagitau yang anak dia sudah demam dan saya tny sda test covid ka? belum lagi. Jadi saya minta diaorang buat test covid sebab sudah demam.

Selepas itu, saya monitor keadaan anak saya dan  anak saya masih okay dan tak ada apa2 symptom.


19 Feb 2022( Saturday)

Pada hari Sabtu, saya mendapat info yang keluarga babysitter kami sudah check and positive. Saya masa ini dah cuak dan berdoa kepada Tuhan minta dijauhkan sebab kami dua anak saya adalah contact rapat. 

Saya monitor anak saya masih lagi dlm keadaan baik dan active. Jadi kami tak pergi buat test covid sbb tak ada symptom.


20 Feb 2022( Sunday)



Sebelum tengahari ahad, anak saya nampak lemah dan mula tak active, saya check suhu dia 36.8( agak tinggi) saya risau sudah dan masa ni, dia awal "napping" jadi saya tau dia sda ada symptom ni.

Jadi petang kami bawa dia buat RTK test di clinic dan malam ahad kami dapat result, anak kami positive covid 19.

Apabila anak kami positive, saya dan suami pun buat self test dirumah dan kami negative.

Jadi malam ni lah yg agak susah, anak menangis saja. Demam dan selsema atau maybe gatal-gatal tekak dia...

Tapi syukur kami "survived" juga malam pertama bersama covid-19.

Jangan tunggu lama-lama untuk buat test.

Bawa bertenang apabila dapat result positif.


21 Feb 2022( Monday)

Pagi Isnin, saya rasa lain macam, saya sakit tekak yang teramat.Jadi saya buat self test tapi negative. Apabila nak tengahari, saya suda start mild fever and batuk- batuk dan sakit kepala, so kuatkan diri pegi buat drive through RTK.

Pada sebelah petang, saya dapat result test dan sedih saya tengok result dia iaitu positive. Memang sangat pantas virus ni merebak tau.

Badan suda jadi lemah suda time ni. Tapi kena kuatkan diri sebab nak jaga anak dan jaga diri.

Time ni husband masih negative dan dialah tolong benda-benda di dapur dan dia tak bole juga dekat-dekat dengan kami dua tapi anak kami selalu merengek nak dengan husband. Mencabar betul home isolation ni.

Pastikan anda boleh dihubungi

Lakukan HAT ( Health Assesment) setiap hari.


22 Feb 2022 ( Tuesday)




Hari selesa, keadaan anak saya agak "peak", setiap jam kena monitor suhu dia sebab saya takut dia sawan. Sambil monitor, bagi ubat demam, ubat batuk dan vitamin C accordingly lah.Kalo dia demam, kami bagi 4 jam sekali dan kalo dia macam mild demam dia, kami bagi 6 jam sekali.

Memang sangat-sangat mencabar menjaga baby yang kena covid ni dan pada masa sama, saya pun kena. Badan saya rasa lesu sangat tetapi seperti yang kita tau, kalo ibu sakit, mana boleh sakit. Kena kuatkan diri untuk jaga diri dan keluarga.

Makan ubat-ubatan dan jangan lupa makan

Minum banyak air

Kuatkan semangat


23 Feb 2022( Wednesday)

Hari rabu ni, syukur demam anak suda start berkurangan tetapi masih lagi monitor closely. I is takut tetiba mencanak dia punya suhu.

Pada hari ni juga, husband saya pula demam dan bila test, dia positive pula. Waduhhh...gawat!! 

Saya masih rasa lesu, batuk teruk, selsema tapi x demam suda hari ini. Memang mencabar betul.


24 Feb 2022( Thursday)

Pagi Khamis, saya rasa okay sikit tapi ada selsema dan batuk-batuk yang agak teruk juga. Tak selesa betul rasa asyik batuk dan hidung "meleleh" saja aishhh.. Keadaan memang agak susah. Memasak pun pakai mask..

Anak saya pula, syukur dia suda tak demam tapi batuk yang berkahak adeii. Tak tau la macam mana nak keluarkan kahak dia.

My husband pun getting better this day tapi batuk dia pun agak teruk huhu so kami kehabisan ubat batuk so kena beli melalui Grab. Memang agak mahal tetapi apa boleh buat. Tak sangka pula akan habis.


25 Feb 2022( Friday)

Syukur, hari ke-5 kami home isolation, we are getting better. Cuma kadang-kadang batuk tu yang tak boleh hilang. We still makan ubat batuk lagi up until this post is publish.


26 Feb 2022( Saturday)

Kami counting day untuk "merdeka"! Anak kami sudah tidak sabar nak keluar berjalan-jalan, dia asyik pergi depan pintu atau pergi ambil kasut. Kalau dia buat dua benda ni, maksudnya dia nak pergi jalan-jalan dan keluar la. Sabar nak!

Keadaan kami sama macam hari sebelumnya, batuk batuk lagi. Ni saja yang tinggal sekarang.


27 Feb 2022( Sunday)

Masuk hari yang kedua last, aduii sudah x sabar mau pergi keluar. Especially pergi beli barang barang dapur, suda habis dan nak order guna HappyFresh nanti ada je barang xda habis katanya.

So lagi prefer pergi beli barang sebenarnya..


28 Feb 2022( Monday)

Hari terakhir kami Home Quarantine!! Saya tak sabar nak bawa anak saya jalan-jalan diluar rumah menikmati keindahan alam semesta haha dan menghirup udara segar.


Dari pengalaman kena positif COVID-19 ini, saya belajar beberapa hal seperti dibawah.

1. Jangan tunggu lama-lama

Jika sudah ada rasa symptom, bolehlah cek sebelum merebak ke orang lain.


2. First aid kit for family and baby

Yang ini sangat penting, saya ada kongsikan senarai barang-barang dalam first aid di rumah --> HERE.


3. Bawa bertenang

Selepas mendapat tahu, kami positif saya agak panik! Jangan panik, semua akan okay!


4. Bekalan ubat mencukupi

Pastikan bekalan ubat mencukupi jika tidak nanti terpaksa top up yang agak mahal.


5. Maklumkan kepada majikan, keluarga dan kawan- kawan yang pernah jumpa.

Jangan lupa maklumkan kepada majikan( screenshot MySejahtera) dan kawan-kawan yang pernah jumpa.


6. Banyakkan minum air masak/suam

Yang ni sangat-sangat penting, pastikan minum air. Jika saya, saya minum lebih 2L setiap hari.


7. Duduk rumah

Jangan kemana-mana! Duduk saja dirumah. Memang nak keluar rumah tetapi bertahanlah.


8. Sanitize rumah

Yang ni, kena lakukan selepas okay dari covid-19. Tak larat nak buat semasa sakit.


9. Pastikan buat HAT ( Health Assesment Today)

Selalulah buka MySejahtera app dan buat dengan teliti, nanti salah.


10. Pastikan anda boleh dihubungi

Sometimes KKM akan call jadi pastikan anda boleh dihubungi.


Saya harap perkongsian ini memberi gambaran dan persediaan untuk menghadapi COVID-19 ini. Jangan main-main dengan COVID-19 ni!


Stay safe and take care kawan-kawan!


What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)