Krismas Budget 2022



Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu is almost here!

Christmas is almost here!

Saya paling excited apabila memikirkan Krismas dan celebrate dengan family, sama ada di Sarawak atau di Sabah. Tak sabar nak jumpa keluarga dan rakan-rakan yang lama tak jumpa.

Tetapi, saya personally feel excited dan risau juga bila fikir mengenai Krismas ni. Kenapa saya risau? Saya risau mengenai duit! Saya risau budget Krismas cukup ke tak?

Kerisauan saya akan bermula bulan November sebab nak beli flight tickets, time ni flight tickets memang harga kayangan betul, nak beli awal, takut cuti tak kena approve by boss. Memang dilemma tau.

Ini julung kalinya saya kongsikan Krismas budget kami ke public, agak malu dan nervous sebab memang banyak kekurangan. Tetapi, tujuan post saya ini adalah untuk kita belajar sama-sama untuk buat Krismas Budget setiap tahun sebab sememangnya kita akan celebrate Krismas ni setiap tahun.

Jadi, goal saya tahun depan ( 2023), saya forcing myself to do sinking funds yang sesungguhnya untuk Krismas 2023, saya nak ada peace of mind untuk celebrate Krismas next year. Saya tak mau risau duit cukup ke tak lagi for Krismas tahun depan. Tahun ni, ada try buat juga tetapi tak begitu tercapai sebab ada masalah kewangan sedikit disebabkan pertukaran company. 

Tanpa membuang masa, dibawah adalah category spending saya dalam Krismas Budget.


#1. Transportations

Yang ni adalah category perbelanjaan Krismas kami paling besar setiap tahun kerana kami adalah orang Borneo dan kami ada 1 option transportation saja nak balik kampung iaitu naik flight. Untuk category transportations ni adalah flight tickets + luggage, Grab Car from home to airport also transportation to go back to my kampung. Memang satu perbelanjaan yang besar. 

Transportations

- Two ways flight from Kuala Lumpur - Bintulu = RM1670.15 ✅

- Grab Cars ( RM65/one way) = RM130 

- Transport/Petrol to my kampung = RM200*

- Transport Bintulu = RM100*

TOTAL Transportations = RM2100

✅Sudah spend/beli


#2: Food & Drinks

Untuk category seterusnya, food & drinks, yang ni perbelanjaan kedua terbesar semasa musim Krismas. Kami akan membeli food and drinks for Pemung Mana ( Kenduri kesyukuran) dan Ngabang ( Open House). 

Food & Drinks

- Pemung Mana ( Kenduri Kesyukuran)

  •  Groceries ( ayam, ikan, sayur, bahan-bahan masakan) = RM600+
  • Minuman ( Air kotak, air mineral, Air berkarbohidrat/Cola) = RM400+

- Ngabang ( Open House)

  • Biskut = RM100 * Kongsi dengan kakak hehe
  • Kek = RM100 * Kongsi dengan kakak hehe
  • Minuman ( Air kotak, air mineral, Air berkarbohidrat/Cola) *Include yang diatas lah.
TOTAL Food & Drinks = RM1,200

#3: Gifts for family
Lama tak jumpa kan, so belilah gifts for family dekat kampung. Beri gifts is one of my love language to people I love. Untuk tahun ni, kami sekeluarga nak buat exchange gifts kecil-kecilan la untuk memeriahkan suasana dan mencipta kenangan.
Yang ni, budget dia taklah menentu tengok keadaan kewangan. Tetapi untuk masa hadapan, saya nak allocate specific budget for this. For now, tengok kemampuan kewangan sajalah.

TOTAL Gifts = RM200

#4: Clothes for my son
Yang ni penting sebab saya nak anak saya pakai baju baru time Krismas!
Saya nak dia ada pengalaman pakai baju baru semasa Krismas haha, not compulsory jugalah tetapi yang ni berpada-pada sajalah.
Untuk saya biasanya saya belikan bulan-bulan sebelum Krismas especially semasa birthday saya. Saya akan beli baju, bag, kasut atau apa-apa yang saya perlukan di bulan lain, bukannya bulan nak Krismas.
Untuk suami, ikut dia lah hahaha, kalau saya ada duit lebih, saya sekalikan saja kami tiga punya tetapi tengok keadaan kewangan sekarang dan category lain lagi memerlukan, jadi kami dua suami punya tak adalah tahun ni, pakai baju yang sebelum2 ni lah, okay lagi pun.

TOTAL Clothes = RM100

#5: Decorations
Yang ni taklah terlalu penting... tetapi kalo ada keperluan saya akan belikan seperti tahun ni, saya beli ornaments untuk pokok Krismas kami sebab tak jumpa lagi yang sebelum ni. Yang tak menariknya, saya tak jumpa pun base/kaki pokok Krismas kami jadi tak berdiri lagilah.

TOTAL Decorations = RM50 ✅

✅Sudah spend/beli

Medicine
Yang ni, saya letak juga, just in case anything. Saya telah sediakan ubat-ubatan anak terlebih dahulu, belilah ubat yang mungkin akan diperlukan.

TOTAL semua = RM3,650
Yang ni hanyalah budget saja tau! bukan yang actual punya. Nanti selepas Krismas saya akan kongsikan berapa actual spending semasa Krismas ni. I is scary tengok amount ni sebenarnya.




Kesimpulan
Sangat-sangat penting untuk kita ibu-ibu ni merancang perbelanjaan semasa Krismas ni. Memang perbelanjaan sangat besar tetapi kena jugalah berbelanja sebab nak jumpa keluarga kan. Sometimes bila saya tengok budget saya ni kan, rasa nak give up saja dan balik Borneo for good. Ni baru budget, kalo tengok jumlah sebenar, menangis tak berlagulah kita...


What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)