Hari Isnin ( 10 April 2023) lepas saya ambil masa untuk bawa kami dua anakku pergi Klinik gigi untuk check dan cuci gigi. Anakku check gigi untuk pertama kali dan saya pula nak cuci gigi sebab dah lebih 6 bulan sudah tak cuci gigi.
Kami dua pergi di Klinik Kesihatan Kajang ( Klinik Kesihatan Kerajaan) dan sampai di Klinik saja, seram juga tengok bilangan orang di klinik, memang ramai tetapi untuk klinik gigi, nampak macam sikit orang sebab kami dua datang agak awal. Sampai-sampai saja, terus mendaftarkan diri sebab last saya datang klinik gigi kerajaan ni tahun 2020, time pregnant dan kena check gigi.
Setelah habis isi borang/buku ni, menunggu giliran untuk membuat bayaran. Bayaran sangat-sangat murah.
RM1/seorang.
Semasa menunggu ni, anak saya memang ceria dan gembira saja!
Saya ambil kesempatan utk check dan cuci gigi/scaling. Untuk cuci gigi/scaling pula, bayaran yang saya kena adalah RM2 ( bergantung kpd tahap karang gigi saya rasa).
Saya cuci gigi/scaling tetapi jdi besar pula gap di antara gigi di bahagian bawah pula... rupa- rupanya selama ni karang gigi lah yg isi gap aduiii & tak pasti pula kenapa gigi depan bhgn bawah jd senget ðŸ˜ðŸ˜, adakah sebab faktor umur ka apa? atau disebabkan karang gigi yang ada selama ni...
Ermm saya kena buat sesuatu untuk cantikkan gigi bahagian bawah ni pula...
What's your opinion?
Please share your thoughts.