Nasihat kewangan kepada para graduan
1) Rajin cari duit tambahan
Jangan malu untuk mencari duit tambahan semasa belajar. Jika anda tidak mahu membuat part-time di kedai kopi, kedai makanan segera kerana anda takut menganggu masa anda, juallah makanan ringan dengan kawan-kawan seperti mee segera, kopi ataupun jadilah kreatif terutamanya semasa musim perayaan. Kita Sabah/Sarawak selalunya tidak pulang ke kampung pada masa yang singkat jadi inilah peluang anda. Kunci dia, jangan malas. Saya dulu malas dan mengharapkan duit PTPTN so ambik kau sekarang, kena membayar PTPTN dengan gaji bulanan.
2) Ada kesedaran mengenai pengurusan kewangaan
Kesedaran tidak datang sendiri. Kesedaran kena cari. Majoriti kita yang berasal dari Sabah/Sarawak bukanlah dari keluarga yang senang. Ada ibubapa yang terpaksa bergolok gadai semata-mata untuk anda di Semenanjung ini.
Macam mana nak dapat kesedaran?
Anda ada internet, rajin-rajinlah membaca article kewangaan, baca pasal hartanah dan pelaburan. Ya, saya tahu, anda tidak berminat mengenai hal-hal ini. Anda lagi berminat tengok kawan punya selfie, makan apa dan sebagainya. Jika anda hendak tahu, ini adalah salah satu kesalahan terbesar yang saya rasa saya lakukan dalam hidup saya. Saya tidak mengambil tahu mengenai hal-hal yang sangat penting untuk masa depan saya. Saya ingatkan dengan belajar mata pelajaran dan mendapat gred yang bagus sudah cukup, tetapi tidak. Ilmu pengurusan kewangaan juga penting kerana pada masa akan datang, saya akan mendapat gaji dan jika saya tidak mempunyai ilmu kewangaan, saya akan mengalami/ melakukan dosa-dosa kewangaan. Saya tidak kata, kehidupan sosial itu tidak penting, ia penting tetapi janganlah meluangkan masa untuk itu sepanjang masa. Ingat cari ilmu untuk masa depan.
3) Konsistent memberi 10%
10% adalah persepuluhan. Kita sebagai orang percaya kepada Tuhan, seharusnya belajar untuk memberi 10% kepada gereja setiap keberhasilan kita. Jadi, ini kena belajar dari masa anda study lagi. Saya dulu beranggapan bahawa saya dikecualikan daripada memberi 10% kepada gereja kerana saya tidak bekerja tetapi saya silap. Persepuluhan adalah tiket berkat. Jadi, cubalah untuk memberi yang terbaik.
4) Cari ilmu
Jangan ingat anda masih muda jadi ilmu-ilmu kewangaan itu tidak penting. Anda boleh baca sekarang dan catatkan dibuku anda atau dihandpone anda dan jadikan itu bahan rujukan dimasa hadapan. Janganlah rasa nanti RAM otak penuh. Otak tidak pernah penuh dengan ilmu. Jadi carilah ilmu. Rajin-rajin membaca mengenai kewangaan.
5) Jangan ingat duit PTPTN tu duit 'free'
Nothing is free in this world, remember that.
Saya rasa almost Young Adult in Malaysia having this issue. Personally, I took the PTPTN loan because my parent can't afford to pay my yuran every semester. But, how I respond to that money is bad.Saya taklah ingat duit free but I don't know how to use money. After pay semester fee, there's left over kan, I one time buy handphone ( x lah mahal) but adoi...apa la. Also, I buy a lot of clothes that I dont even know where now...haha, what a wasted! One of my smart friend last time did this, the left over money, she save it to buy gold. She is smart but I didn't learn from her...apa lahhh..ceitt! Or you can save it on your ASB account because every year there will be dividen, so bertambahlah saving anda sebelum anda bekerja. I know you can't do ASB loan yet due to you don't have pay slip. That's why the no.1 is important. Cuba-cubalah tanya bank mana tau dapat.
It's important to remember, while we are young, don't be lazy! Keep moving and earn money. Your older self will thank you for this. I don't say you can't enjoy life, yes you can! But, always remember your big goal. To free from the financial issue when you working. It will be help a lot you know.
I wish I have someone say like this to me when I am a student.
So, students, share with me your concern about money on the comment below.
God bless,
Aya
Labels:
keriitletofinance
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
What's your opinion?
Please share your thoughts.