Sambal ( Lia Akaw) review

Siapa suka makan sambal sini, sila comment! haha

Semestinya Orang Ulu suka makan sambal atau lebih dikenali dengan lia akaw dikalangan Orang Kenyah.Sambal Orang Ulu/Kenyah ini agak berbeza dengan sambal yang selalunya anda nampak di Semenanjung. Dari pemerhatian saya, sambal di Semenanjung ini agak halus, disebabkan dikisar manakala sambal di Sarawak ( Orang Ulu-Kenyah style) agak kasar, masih nampak rupa bentuk ikan bilis.Selalunya sambal di Semenanjung akan dimakan dengan nasi lemak tetapi sambal orang ulu style selalunya dimakan dengan apa jua. Yang paling popular adalah makan dengan timun di petang hari sambil bercerita dengan kawan-kawan dan keluarga di verandah rumah...wow! sungguh mengasyikkan...Selalunya semua leto Kenyah ( Kenyah girls) pandai membuat sambal ( lia akaw) ini, tetapi saya adalah antara orang yang kurang suka pegang pedas-pedas, goreng pedas- pedas tetapi saya suka makan lia akaw jadi penyelesaiannya, saya suka membeli lia akaw di kalangan kawan-kawan yang menjual lia akaw ini.

Kali ini, saya ingin review Sambal (lia akaw) by La'an, seorang Kenyah girls. 


First impression

Pertama kali saya nampak produk ini dalam Facebook tetapi masa tu, saya masih dalam berpantang lagi jadi saya tahan diri untuk membeli. My first impression is nampak sedappp! especially dalam balang, nampak exclusive gitu! 

Setelah habis berpantang, saya terus membeli untuk mencuba. 

Two flavours of Lia akaw

Ada dua jenis iaitu Spicy ( Pedas) dan exteremly spicy ( Sangat pedas). Untuk pertama kalinya, saya beli satu untuk setiap jenis supaya saya boleh cuba dua-dua.


My first try

Apabila mencuba pertama kali, wow! Saya sukakannya sebab ia mengembalikan nostalgia saya semasa bersekolah di SMK Belaga. Semua kenangan bersama kawan-kawan terlintas di fikiran.. petang-petang sementara tunggu prep malam, makan cili di luar asrama... sungguh mengamit kenangan lia akaw ini.

Bagi kamu yang tidak tahan pedas, saya rekomenkan kamu cuba yang pedas saja, kamu pasti sukaa!

Dalam masa singkat, pembelian pertama saya habis! hahaha

Saya tidak membeli kali kedua terus sebab tengok boleh tahan kah makan tanpa cili? hahaaa tetapi rupa-rupanya lia akaw dengan setiap kali makan berpisah tiada...

Jadi, saya membeli untuk kedua kalinya...



Kesimpulannya..

Selepas makan lia akaw by La'an untuk kedua kalinya ini, saya boleh katakan lia akaw by La'an memang kawww!! dan mengamit kenangan manis semasa zaman persekolahan saya.


Jika anda hendak mencuba, bolehlah contact seperti dibawah,

Facebook : Lia by La'an

Instagram : friedlia20

Whatsapp : 014-354 1392


Kepada La'an, 

teruskan membuat lia akaw dan semoga berjaya!


Note: This is not sponsored article, I love lia akaw by La'an and I think its deserve to be recognized.


Love,

Aya




What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)