Saya ni memang pengemar sambal.
Sambal yang paling saya suka adalah sambal isteri abang Hafiz ( bekas rakan sekerja saya dulu) dan Lia Akaw by Laan, fuhh! Memang favorite!!!! Tak boleh lupa rasa sambal diorg ni.
Tetapi kali ni, saya nak cuba sesuatu yang orang selalu perkatakan iaitu Sambal Nyet by Khairulaming.
Anda pernah dengar tak Sambal Nyet?
Berkenalan dengan Sambal Nyet dulu lah.
I heard of this because its VIRAL one time, I don't remember when.
Sambal Nyet ini adalah sambal keluaran Malaysian Instafamous Chef, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali Khairulaming.
Saya start kenal dan follow instafamous chef ni di Instagram sebab dia masak sedap jer, simple dan semua bahan-bahan sebenarnya saya sudah ada.
Okay berbalik pada Sambal Nyet tadi, sambal ni begitu viral sampai terjual lebih RM1 Juta dalam online shop ( Shopee.com) dalam masa tiga bulan, hebat kan?
Based on my research and reading, Khairulaming ni bekerja keras untuk increase production rate, ye lah permintaan tinggi so kena lah memuhi demand pelanggan kan? Pada masa sama, beliau memastikan quality of the product!
Quality memang penting taw!
Saya yang bekerja dalam bidang quality ni memang faham sangat dah benda2 macam ni.
Selain itu, customer service juga penting. Yelah memang akan ada issue atau apa2 permintaan dari customer so mesti ada customer service yang baik juga.
Bila baca mengenai sambal nyet ni, saya rasa nak try!
Jadi, saya beli di Shopee.
Disini saya ingin kongsikan saya punya review.
My review
Shipping cepat tak?
Saya tinggal di Selangor so saya boleh katakan shipping cepat giler. Saya beli semalam, dapat hari ini. Giler cepat! Product ni dari Kelantan. So, memang cepat lah!
Macam mana 1st impression dgn sambal ini?
First saya terima bungkusan, saya berpuas hati dengan bungkusan. Tebal dia punya bubble wrap and tak tertumpah sambal. Good one!
Lepas tu, saya bukak dan semua dalam keadaan yang baik. Bersih saja.
Macam mana rasa sambal ini?
Bagi saya, sambal ini terlalu pedas dan manis bagi saya. Saya boleh makan tetapi bagi saya terlalu pedas dan manis. Saya agak kurang suka kalau sambal terlalu pedas dan manis, yelah tekak orang Sarawak. Maybe tekak orang Semananjung berbeza kali. Lain orang lain pedasnya.
Apa kelebihan sambal ini?
Bagi saya, kelebihan sambal ini adalah packaging dia, memang selamat dan simple saja.
Dari segi rasa, siapa suka pedas sangat, memang ngam lah!
Boleh makan terusss
Tak perlu simpan dalam peti sejuk tapi pastikan guna sudu yang bersih.
Apa kekurangan sambal ini?
Secara peribadi/ikut tekak saya, terlalu pedas dan manis sangat! Yang lain-lain saya okay.
Tak boleh makan dengan bread Gardenia. Bagi saya, kalo sambal tu boleh makan dengan bread, ngam la tu dengan saya.
Berapa harganya?
RM13.90
Termasuk shipping Semenanjung : RM18.40
Beli dimana?
Saya beli di Shopee.com
Source:
What's your opinion?
Please share your thoughts.