7 LANGKAH MUDAH menguruskan anak yang kena sawan


Aduhh!
Anakku demam lagi minggu ini. Bulan lepas dia tak ada demam so lega sikit hati. Kalo anak demam, mana-mana ibu bapa pun mesti risau kan? Lagi-lagi anak kita yang pernah kena sawan semasa demam.
Anak saya pertama kali kena sawan pada umur 1 tahun 1 bulan. Saya dengan husband agak panik dan tak tau nak buat apa selain bergegas ke hospital.
Selepas pertama kali kena sawan ni, kami pun tak kena kasi confirm yang anak kami ni ada sawan ke tidak jadi saya pun tak berapa pasti apa pre caution kalo anak kena lagi.

Tahun lepas, kami balik kampung merayakan hari Krismas dan Tahun baru. Sekali lagi anak kami kena sawan dan kali ini agak teruk sebab satu badan dia biru. Saya ada kongsikan pengalaman di SINI. Boleh baca kalo kamu interested.
Saya betul-betul trauma selepas kejadian ini dan disinilah saya dan husband belajar macam mana nak handle anak yang kena sawan. Selepas 6 bulan lebih tak kena sawan, pada bulan July 2022, anak kami kena sawan lagi tetapi kali ni, kami sudah tahu macam mana menguruskan dan ada panik sedikit jugalah.

Jadi, saya kongsikan 7 cara mudah menguruskan anak yang kena sawan dari pengalaman, pembacaan dan saranan doktor.

1. JANGAN PANIK
Yang ni paling penting. 
Saya tahu macam mana rasa apabila anak kena sawan, walaupun saya dan husband ada pengalaman anak kena sawan hampir 3 kali, perasaan panik ini masih ada. Tetapi saya selalu cuba mengingatkan diri saya supaya jangan panik. Sebab kalo kita ibu bapa panik, semua jadi tak kena. 
Sejujurnya, saya masih rasa panik lagi tapi saya cuba kuat dan cakap pada my brain, jangan panik kalo tetiba anak kena sawan, nanti semua jadi berantakan dan membahayakan nyawa anak anda.


2.  PASTIKAN TENGOK JAM
Apabila berlaku, cepat -cepat atau terus tengok jam. Saya dan husband decide untuk buat macam ni kalo anak kena sawan, husband tengok jam dan saya akan tengok keadaan anak kami semasa kena sawan. Sangat penting tengok jam ni sebab maklumat ini akan ditanya oleh doktor nanti. Berdasarkan pengalaman kami, ada 4 soalan akan ditanya oleh doktor seperti dibawah;
> Pukul berapa start sawan
> Pukul berapa habis sawan
> Berapa durasi kejadian sawan
> Macam mana keadaan anak semasa sawan ( kejang, bergegar, ada cecair keluar, mata ke atas atau etc)
Take note ni dan ingat!


3. PASTIKAN ANAK DI TEMPAT YANG SELAMAT
Berdasarkan pengalaman kami, anak kami kena sawan di atas tilam tempat kami tidur. Jadi, ini adalah tempat yang dikira selamat. Jika berlaku di tempat yang tak selamat, pastikan anda bawa anak ke tempat yang selamat ( common sense ya!)


4. BARINGKAN ANAK SECARA MENGIRING KE KIRI
Apabila sawan berlaku, selain langkah 2, pastikan anda baringkan anak secara mengiring ke KIRI, yang ini adalah yang paling tepat. Tetapi, apabila sawan berlaku, maybe kita lupa sudah ke kanan atau kiri, itu it's okay. Yang penting, baringkan anak secara mengiring semasa berlaku sawan. Kenapa perlu membaringkan anak secara mengiring?
Kerana air liur atau makanan boleh masuk ke dalam saluran trakea iaitu saluran paru-paru.
Air liur atau makanan ini boleh masuk ke paru-paru melalui bronchus dan bronchus paru-paru sebelah kanan lebih lurus berbanding dengan bronchus sebelah kiri. Oleh itu, mengiring ke arah kiri lebih baik ketika berlakunya sawan.


5. JANGAN LETAK BARANG DI DALAM MULUT 
Saya pernah dengar ada yang letak sudu di mulut apabila berlaku sawan. Saya tak pernah lagi tengok ni, tetapi doktor bagitau, jangan letak apa2 barang di dalam mulut anak jika berlaku sawan.


6. BERSIHKAN AIR LELEHAN AIR LIUR 
Pastikan bersihkan air lelehan air liur anak anda untuk mengelakkan laluan udara tersumbat.


7. BAWA KE KECEMASAN
Selepas sawan sudah berhenti, bawa anak anda terus ke kecemasan.
Wajib bawa terus ke hospital jika,
- Muka anak anda menjadi biru
- Sawan lebih dari 3 minit
- Anak anda tidak sedarkan diri


Saya berharap perkongsian saya mengenai ini dapat membantu ibu bapa diluar sana. Sememangnya ada anak yang ada sejarah sawan ni memang menakutkan dan merisaukan tetapi kita sebagai ibubapa mesti ingat kita boleh hadapi dan jangan panik!
Semuanya akan okay! Ingat 7 langkah ini sebaiknya.

Kamu boleh download gambar dibawah dan save dalam handphone untuk peringatan.





What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)