Hi semua!
Hari ni, saya nak kongsikan mengenai i-Lindung. Anda pernah dengar kah pasal ini?
i-lindung ini telah dilancarkan oleh KWSP/EPF pada bulan July hari tu, sorry agak terlambat nak share sbb saya do my own research(DYOR) sebelum saya apply dan tak sangka pula dah almost 2 bulan selepas dilancarkan. Selepas buat DYOR, saya dah apply i-lindung ni untuk diri sendiri dan husband saya juga apply untuk dia juga.
Jadi, berdasarkan pengalaman dan my DYOR,saya pun terdetik nak kongsikan mengenai i-lindung ni. Manalah tau ada yang tercicir info ni kan?
In simple word, i-lindung ni adalah platform dimana kamu sebagai pencarum KWSP/EPF boleh membeli insurans dan takaful mengunakan akaun 2 kamu. Penerangan details akan ada dibawah ya.
Sebelum tu, saya nak tanya, kamu ada insurans/takaful tak?
Jika tak ada atau ada, bole teruskan baca ya.
Apa itu i-Lindung?
i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun(Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli(PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Setakat ini, produk insurans/takaful yang ada cover 1 tahun dan hanya boleh dibeli untuk diri sendiri dan bukan untuk suami/isteri atau anak2. Maksudnya, 1 i-akaun, 1 i-lindung gitu...
Berdasarkan pembacaan saya, ada 3 insurers yang offer 10 insurans dan takaful products under i-lindung ni iaitu FWD, ETIQa dan Prudential.
6 daripada 10 produk adalah conventional. 5 offer both death and total permanent disability (TPD) benefits dan yang lain hanya critical illness policies.
Summary as below,
Siapa yang boleh memohon?
Syarat-syarat kelayakan
Jenis Perlindungan yang ditawarkan
Ciri-ciri utama i-Lindung
Jika kamu ada persoalan, boleh baca semua soalan lazim di SINI.
My own opinion
Pada pendapat saya, saya memang rekomend anda yang tak da insurance untuk apply for i-lindung ini. Ada jugalah langkah berjaga-jaga jika anda mengalami musibah atau kematian. Tidak lah anak isteri terkontang kanting selepas kematian kita, adalah sesuatu yang dapat.
Siapa tahu ajal anda dekat... tak minta tapi mati itu pasti!
Jika ada yang bertanya,yang mana saya boleh apply?
Itu bergantung kepada kamu tetapi saya boleh kongsikan apa yang saya consider iaitu, ada manfaat kematian, funeral benefit, HUPK dan kematian/HUPK akibat kemalangan. Maybe ada yang term kamu tak pasti, boleh lah baca details dalam kwsp punya official website. Jangan malas baca.
Maybe kamu terfikir, saya sudah ada insurans sendiri o? perlu lagi ka saya ambil ini lagi?
Bagi saya lah, it's better or ideal to have both.
Kenapa?
I-lindung ni kan bayar tahunan saja dan harga pun agak affordable, tak payah fikir nak bayar bulan-bulan dan juga tak perlu pgi buat medical exam untuk beli pun, kena jawab bbrp soalan ( bergantung kepada insurance/takaful) yang kamu ambil.
Lepas tu yang insurance sendiri tu macam mana? nak terminate ka?
Bagi saya continue saja bayar dan jangan lupa untuk review kamu punya insurance ( peringatan utk diri sendiri nih hehe)
Nak apply, macam mana?
Jika kamu nak apply i-lindung, kamu bole terus click link di bawah.
https://www.kwsp.gov.my/en/home
Cari i-lindung
Guide untuk apply, click dibawah,
(saya akan kongsikan nnt)
Jika ada kekurangan atau apa2 kesalahan, saya minta maaf ya.
Source : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung
Jika kamu ingin membaca articles lain mengenai i-lindung ini, boleh click di bawah:
https://focusmalaysia.my/who-are-suited-to-apply-for-epfs-i-lindung-scheme/
https://www.ajobthing.com/blog/epfs-i-lindung-all-you-need-to-know
What's your opinion?
Please share your thoughts.