Sedih tidak dapat pulang mengundi


Ini yang saya rasakan sekarang…. SEDIH!! 😞😢😢

Bagi saya kan, mengundi merupakan satu tanggungjawab saya sebagai warganegara Malaysia. Sejak saya boleh mengundi, saya sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab ini demi negara tercinta. Saya sangat percaya, undi saya sangat penting dan saya tak mahu ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab ini 5 tahun sekali.


Last saya mengundi adalah 2018 ( PRU-14). Saya nak jugalah kongsikan pengalaman mengenai pengalaman mengundi saya semasa PRU-14. Saya masih ingat betapa semangatnya saya nak balik mengundi time ni sebab betul2 ingin menyokong cousin saya yang bertanding di kawasan saya. Since saya masih single time ni so saya boleh jalan saja dengan flight paling murah dan paling awal. Saya betul-betul berusaha balik mengundi walaupun ticket mahal dan undi dilakukan semasa hari bekerja. Saya apply cuti dan balik kampung sambil tu balik jenguk ibubapa juga. 

Syukur saya dapat tunaikan tanggungjawab saya time ni.


Tahun ini, ada PRU-15 yang diadakan hujung tahun dan malangnya saya TIDAK DAPAT pulang mengundi kali ini disebabkan kos perjalanan ( especially flight tickets) mahal & cuti takde, nak simpan cuti untuk balik Krismas dan tahun baru nanti. Also, I am no longer travel on my own. Kalo saya balik mengundi, saya kena bawa anak saya sekali juga. As my son's health condition now, memang saya tak yakin balik bawa dia dalam keadaan perjalanan yang padat.

Jika saya nak pulang mengundi, saya punya tentative & kos perjalanan seperti dibawah:


18 Nov 2022 ( Jumaat) - Minta cuti 1 day

Home – KLIA RM100

KL – Bintulu RM500+

Bintulu – Kg Data Kakus RM100

Total = RM700+


19 Nov 2022 ( Sabtu)

Hari mengundi

 

20 Nov 2022 ( Ahad)

Beribadah di gereja & rehat

 

21 Nov 2022 ( Isnin) - Minta cuti 1 hari

Kg DK – Bintulu RM100

Bintulu – KL  RM500+

KLIA – Home RM100

Total = RM700+


Total expected spend = RM1400+ 😱😱😱

 

Dari sini, boleh tengok betapa “pack” nya jadual perjalanan dan tingginya kos dia. Saya nak balik Christmas dan New Year juga so tak kan lah saya cuti lagi time tu... Saya bekerja di bawah orang so tak boleh suka hati cuti.

Sedihnyaa kali ni tak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia!

Pesanan saya, jika anda berada berdekatan dengan kawasan mengundi anda, jangan lepaskan peluang ini. Pergilah mengundi, jangan tolak undi, undi anda sangat penting!

Untuk menyemak mengenai undi, boleh pergi disini --> https://myspr.spr.gov.my/semakan

 Ingat kawan2!

Jangan lupa keluar mengundi!!!


What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)