Kejadian hilang IC memang sesuatu yang tak dijangka dan tak dirancang pun! Siapa yang rancang hilang IC kan?
Saya ada pengalaman hilang IC sebelum saya naik flight pulang kampung di Sarawak pada Disember 2022! Memang kalut dan paniklah. Bayangkan satu hari lagi flight dan risaulah tak sempat buat IC baru dan nanti ticket flight burn, melayanglah duit dan merana diri tak balik kampung.! I just can't imagine that happened to me...
Jadi, berdasarkan pengalaman saya ini, saya nak kongsikan macam mana nak buat IC baru.
LANGKAH 1: Cari dulu sampai dapat (Kalau boleh)
Kalau sempat carilah sebaik mungkin/cari sampai dapat sebab bayaran untuk buat IC baru bukannya murah sekarang tau! Untuk warganegara, bayaran hilang seperti dibawah:
Note: Jika kamu kehilangan IC sebelum 2015, maka kamu adalah first time hilang dalam JPN punya system. Maklumat ni saya dapat dari staff JPN.
LANGKAH 2 : Buat laporan Polis
Sebelum kamu walk in ke mana-mana pejabat JPN, kamu hendaklah buat laporan Polis terlebih dahulu mengenai kehilangan IC. Jangan risau,tak perlu ke balai polis dah sekarang untuk buat laporan hilang IC, boleh buat laporan di e-Reporting PDRM ( https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx).
Setelah masuk link e-reporting, baca dulu panduan dan seterusnya, Daftar Penguna. Selepas Daftar Pengguna, bolehlah login.Selepas Login, page dibawah akan keluar dan sila isi dengan baik dan tekan OK.
Saya tak screen shot page seterusnya tetapi senang saja isi lepas tu.
Nanti dah habis isi, kamu akan dapat e-report seperti dibawah dan untuk selamat, boleh print.
LANGKAH 3: Hadir ke mana-mana Pejabat JPN yang berhampiran anda.
Pastikan bawa,
1. Wang yang cukup ( Boleh guna debit/credit/cash)
2. Laporan Polis ( Kalau boleh print, boleh print tapi kalo tak boleh, tak pe, tunjuk dlm fon nnt)
Langkah 3.1 : Ambil nombor di kaunter no dan bagitau kehilangan IC pertama kali.
Selepas ambil no, tunggu nombor dipanggil. Apabila tiba giliran anda di kaunter, staff JPN akan tanya kenapa hilang dan berapa kali hilang? Setelah cek maklumat anda, staff akan bagitau kena bayar berapa dan seterusnya ambil gambar untuk IC baru anda.
Langkah 3.2 : Collect IC baru
Setelah membuat pembayaran & ambil gambar di Langkah 4, anda akan dapat resit dan pergi ke tempat collection IC baru anda. Tunggu dalam 30 minit lebih dan siap!
Untuk maklumat lanjut, bolehlah kunjugi JPN Website,
https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-gantian-hilang
Saya berharap post ini membantu anda!
Selamat membuat IC baru, jangan hilang lagi!
What's your opinion?
Please share your thoughts.