Mesti you click sebab macam best jer title blog post kali ni kan?
This is not click bait ya, memang betul saya nak kongsikan macam mana nak jadi HAPPY WORKING MOM! Mesti you fikir, boleh ker? Yes, it's possible to be HAPPY WORKING MOM!
Kenapa saya boleh cakap macam tu?
Sebab bagi saya, be happy is your choice.
Saya pun seorang working mom yang struggles juga dan tercari-cari juga macam mana nak jadi happy working mom! Sebab kebanyakan articles yang saya baca mengenai working mom, mostly bagitau working mom ni susah (hard) and the narrative is always tend to negative way lah, ini pendapat saya lah.
Realitinya, tak dinafikan memang "susah" lah tetapi takkan lah nak susah selamanya kan? Mesti kena cari jalan penyelesaian. Mesti kena cari jalan macam mana nak jadikan SUSAH --> SENANG atau UNHAPPY --> HAPPY!
Kenapa PERLU cari jalan penyelesaian?
Sebab ramai wanita masa kini memilih untuk menjadi working mom. Selepas berkahwin, kebanyakan wanita masih mahu bekerja.
Jadi, kalau tak happy lakukan sesuatu, mesti tak seronok kan? Bila tak seronok, mesti tak dapat achieve atau bagi yang terbaik!
Saya kongsikan beberapa cara macam mana nak jadi HAPPY WORKING MOM ni berdasarkan pengalaman peribadi dan apa yang saya cuba praktikan dalam my life as working mom. Oh ya, mesti kamu ada tertanya-tanya juga, berapa lama sudah saya jadi working mom ni? Saya jadi working mom almost 3 years now, start from Sept 2020 lah. Sepanjang duration ni kan, banyak sudah ups and down saya lalui dan dari situ saya belajar dan cuba untuk kongsikan dengan orang lain.
Tanpa buang masa, macam mana???
1. Ubah MINDSET
Langkah pertama yang kamu harus lakukan untuk jadi HAPPY WORKING MOM adalah UBAH MINDSET kamu!
Jika sebelum ini kamu ada mindset yang negative mengenai menjadi working mom, iaitu jadi working mom ni susah, meletihkan dan tak happy! Memang reality itu betul, tetapi kamu tidak dapat mengubah tu kan?
Jadi, sekarang, apa yang kamu boleh ubah adalah your mindset. Kamu terbalikkan semua tu kepada positive! Set dalam minda anda setiap hari dan bagitau diri, jadi working mom is easy, enjoy dan happy!
Nampak macam senang kan?
Jangan tak tau, ubah mindset ni sangat2 lah mengambil masa dan bergantung pada diri. Jadi, langkah 1 ni sangat2 penting! Kalo mindset pun tak betul, apa pun tak betul dan tak happy! Tetapi effect dia sangatlah besar okay?
2. JANGAN BANDINGKAN diri anda dengan orang lain.
Saya akui, saya pun selalu bandingkan diri dengan orang lain dan sangat susah untuk hilangkan habit ni tetapi saya berusaha sedaya upaya sebab saya tak tahu macam mana kehidupan sebenar seseorang tu. Setiap orang ada cabaran tersendiri jadi tak payah bandingkan diri ya. Terutama sekarang ada social media, uiii... memang mencabar betul tak bandingkan diri. Tengok orang punya kehidupan di dalam social media, uiii bahagia, happy lahhh...
Apa yang saya buat kalo ada masa saya mula ada fikiran ni, saya akan tutup saya punya phone, saya pergi cuci pinggan, cuci baju,kacau dan bermain dengan anak saya sebab jika pegang phone, tangan mesti asyik nak tengok social media saja...
3. SENYUM lahhh
Senyumlahhh...
Walau terasa pahitnya kehidupan haha tetapi senyum adalah obat yang manjur untuk membuat hati senang! Mesti kamu tau juga apa kebaikan senyum ni kan?
Tapi janganlah pula senyum memanjang macam orang tak betul ya, maksud saya disini adalah apapun cabaran hidup,cubalah hadapi dengan senyuman walaupun dalam hati dan fikiran, hanya Tuhan saja yang tahu. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Jangan monyok saja, nanti energy monyok tu mengalir ke anak pula, tak bestlah.
Senyum selalu.
4. ORGANIZE YOUR LIFE
Sebagai seorang working mom memang kita punya life ni busy sebab kita ni, sebagai mak, isteri, tukang masak, tukang kemas and etc, memang banyak melakukan banyak tugas hari-hari.
Sepanjang saya jadi working mom ni kan, saya rasa salah satu tips paling mujarab untuk happy adalah buat persediaan awal ( malam sebelum). Maksud saya adalah sedia bag sekolah anak, bag kerja, baju suami dan even sarapan the next day, level up sikit, sedia bekal hahaha. Mungkin tak perfect tapi at least boleh kurangkan kadar stress di pagi hari dan stress pagi hari akan merosakkan mood dan hari jadi berantakan!
5. WORK AS TEAM
Ada anak adalah keputusan dua-dua kan?
Jadi, adalah tidak adil jika salah satu orang saja yang menguruskan semua dan sorang lagi berlenggang saja. Saya kan, saya pantang tau tengok pasangan begini, menyirap je rasa!
Syukur, kami dua suami boleh work as team, terutamanya apabila saya perlu ke ofis. Memang saya akan memerlukan kerjasama suami untuk uruskan anak di pagi hari dan hantar ke sekolah. Sebelah petang pula, saya akan ambil anak dari sekolah. Jika tak ada teamwork, memang life is miserable!
6. KEEP A JOURNAL
Reality jadi working mom kan, kepala serabut... fikir kerja, fikir anak, fikir duit, fikir suami, fikir family, fikir.... macam-macam dalam kepala. Jadi, salah satu cara untuk uruskan semua fikiran ni adalah tulis dalam journal, tulis lah apa yang kamu rasa, saya prefer tulis tangan berbanding tulis digital sebab rasa betul words in my mind tu "mengalir" keluar haha. That's why I still blogging hehe, I love to write all stories inside my mind.
KESIMPULANNYA
Nampak macam senang kan semua yang saya senaraikan tu hehe, memang senang, dari kamu saja, nak ke tak saja.
Untuk tahun 2023 ni, saya betul-betul mahu berusaha untuk menjadi HAPPY & STRONG WORKING MOM! Sebab bila saya happy, saya akan suka lakukan banyak benda! Lepas tu, saya tak mau hidup sedih dan rasa down sebab saya penat jadi working mom. Jadi working mom is my honor and my pride!
What's your opinion?
Please share your thoughts.