Mana nak simpan duit untuk masa depan anak?

Rasanya semua ibu bapa mesti tau dah kan mana nak simpan duit untuk masa depan anak kan?
Tetapi, saya nak kongsikan juga, mana tau ada yang betul-betul tidak tahu. 
Ada banyak medium sebenarnya untuk simpan duit untuk anak-anak, google saja mesti keluar sudah. 
Yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan saya punya own research dan ada beberapa financial influencer yang kongsikan.

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
ASB ni adalah tempat menyimpan duit untuk anak yang paling popular dan tak perlu diperkenalkan lagi. Ibu bapa saya juga ada buat ni untuk saya dulu. Jadi untuk anak saya, semestinya saya buat juga. ASB adalah pelaburan jangka masa panjang kerana berisiko rendah dan mempunyai kadar keuntungan yang agak tinggi. Lebih baik dari simpan dalam bank.
Untuk buka akaun untuk anak anda, bolehlah ke pejabat ASB dan membawa,
  • Kad pengenalan anak atau sijil lahir anak
  • Kad pengenalan ibu/bapa ( pendaftar)
  • Wang tunai ( minimum RM100)
  • Borang pendaftaran unit amanah ( diambil di pejabat ASB).
Para ibu bapa boleh bukakan akaun ASB untuk anak seawal usia kelahiran.
Jangan risau, sekarang dah boleh buka akaun ASB untuk anak secara online juga, nanti saya kongsikan details mengenai ini dilain post ya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari website ASB.

2. Sijil Simpanan Premium Nasional (SSPN)
SSPN adalah milik PTPTN. Mesti pernah dengar kan PTPTN?
SSPN ini bertujuan untuk simpanan pendidikan tinggi dan mengurangkan kepada pinjaman pendidikan
Jadi, dalam kata lainnya, tak perlu bergantung kepada pinjaman PTPTN nanti apabila nak sambung belajar. Menyimpan dari sekarang!
Jika kamu pergi website SSPN, mesti kamu nampak ada 2 pakej SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus
Apa beza? mana satu best?Jom lihat jadual dibawah:


Yang SSPN ni lagi senang apply. Boleh layari website SSPN untuk maklumat lanjut dan apply.

3. Akaun simpanan emas
Ada 2 jenis simpanan emas iaitu;
i. Simpanan emas fizikal
ii. Simpanan emas dengan buku akaun.

Untuk emas fizikal, yang ni boleh beli sikit demi sedikit setiap bulan.
Untuk akaun emas pula, seingat saya yang ada menawarkannya ialah GAP Akaun Public Gold ( PG). Saya tak mempunyai maklumat banyak untuk ni tetapi kamu boleh google ya.

4. Unit Trust
Unit trust ni adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat pengurusan Unit amanah. Konsep unit trust ni adalah mengutip duit orang ramai (bukan derma!) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah. Konsep mudah adalah kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.
Terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.
Unit trust adalah pelaburan jangka masa panjang dan memang sesuailah untuk masa depan anak-anak. Sekarang lagi senang sebab boleh melabur secara online. 
Untuk unit trust ni, saya gunakan Public Mutual Berhad. Senang jer melabur sini, just pergi website PMO. Nanti saya sediakan macam mana nak melabur dalam Public Unit Trust di lain post ya.
Tetapi, seingat saya untuk anak, rasanya kena isi satu borang.

5. Maybank Yeppie Saving account
Yang ni sesuai juga untuk anak anda!
Kenapa?
  • Ada cash reward for excellent grades at SPM, STPM and degree level.
  • A one-month Fixed Deposit rate from your savings account, subject to 1 withdrawal per month for six consecutive months.
  • Free Personal Accident (PA) coverage of up to RM100,000 for you and your child and other benefits such as medical and funeral expenses as the website. You can check details in their website here.
Macam mana nak apply?
Senang jer!
Pergi ke mana-mana Maybank branch terdekat dan membawa,
  • Child - Original myKid and birth certificate( surat beranak)
  • Parent/Guardian - Original IC 
Untuk maklumat lanjut, boleh layari website Maybank

Note: 
Untuk kawan-kawan Muslim, boleh simpan di Tabung Haji. Saya tak letak details sebab saya takut tersalah info. Kamu boleh google saja ya.

Mana yang terbaik?
Sekarang dah tau mana tempat nak simpan duit untuk masa depan anak tetapi ada 5 pilihan, jadi nak pilih mana ye?
Secara peribadi, semua tempat ni adalah yang terbaik that's why saya senaraikan ini, ada banyak lagi sebenarnya. 
Tetapi, mesti nak tau juga mana satu kan?
Okay, kalau saya, saya sebenarnya sudah buat 1 & 2 untuk anak saya setakat ni. Kalau boleh saya nak buat/simpan duit di kelima-lima platform ni tetapi disebabkan kekangan kewangan sekarang, saya maintain 1 & 2 dulu tetapi saya berusaha untuk buat kelima-lima ni untuk saya dimasa hadapan.

Saya berharap post ini berguna untuk ibu bapa diluar sana. Marilah kita berusaha lagi untuk menyimpan duit untuk masa depan anak-anak kita.




What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)