It's March 2023 already!! arghhh the time flies so fast, betul kan?
Pejam celik pejam celik ehhh March 2023, dah 2 bulan habis in 2023! Walao wehhh...
I don't know about you guys, I feel time flies too fast...haha but apapun, this is life.
Saya bersyukur dengan kehidupan saya. Saya masih bernafas dan hidup!
Saya masih boleh bekerja dan saya suka dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang, walaupun banyak ketidak sempurnaan tetapi saya cuba melakukan yang terbaik setiap hari dan cuba sedaya upaya menjadi yang lebih baik. Kadang kadang proses ni tidaklah semudah yang saya fikirkan, ada yang mengambil masa walaupun tak ada masa dan ada yang cepat saja dilakukan.
Bulan ni saya sangat berbangga dengan diri sendiri sebab saya mampu membayar semua komitment bulanan saya tanpa bantuan atau miss the payment. Saya sangat bersyukur walaupun duit yang tinggal tak sebanyak mana tetapi saya rasa cukup! Syukur syukur!
Begitulah kehidupan di alam dewasa ni, ada 4 perkara yang selalu ada dalam kepala,
1. Kerja 50%
2. Keluarga 20%
3. Duit 20%
4. Mimpi 10%
Saya tak tahu kamu, tetapi ni lah 4 benda yang selalu dalam fikiran saya. Saya nak elaborate satu-satu tetapi sudah pasti post ni akan menjadi terlalu panjang dan yang pasti kamu akan jadi bosan.
Saya akan elaborate secara ringkas lah ya.
Kerja
Kalo saya boleh buat pie chart, saya rasa kerja memang mendominasikan. Saya selalu fikir pasal kerja sebab saya mencari nafkah untuk hidup dengan bekerja. Saya selalu berfikir bagaimana cara melakukan kerja dengan lebih baik, apa yang perlu diperbaiki dan banyak lagi. Percentage berfikir pasal kerja ni flexible, maksudnya bila hujung minggu, saya cuba untuk tidak berfikir mengenai kerja, saya cuba beralih ke arah lain.
Keluarga
Semestinya keluarga sentiasa dalam fikiran saya. Terutamanya anak, suami dan ibu bapa saya. Saya bersyukur masih mempunyai ibu bapa tetapi mereka berada di kampung, jauh dari saya jadi tak dapat tengok hari-hari. Tetapi hari-hari dalam fikiran dan hujung bulan, saya bersyukur saya boleh hulurkan bahagian saya kepada ibu bapa saya, saya akan selalu cuba yang terbaik!
Untuk anak dan suami, saya bersyukur kami hidup bersama hari-hari. Walaupun kadang-kadang sibuk dengan kehidupan masing-masing tetapi saya bersyukur kami tidak berjauhan. Saya selalu berfikir apa yang saya perlu lakukan untuk kehidupan lebih baik.
Duit
Seterusnya duit! Hari-hari ni dalam fikiran saya. Saya mengalami masalah kewangan beberapa bulan ni disebabkan kesalahan atau mengikut nafsu berbelanja sendiri dahulu kala. Saya tengah menjalani proses untuk membaiki kesalahan kewangan saya yang lalu. Memang sangat-sangat sakit proses ni sekarang tetapi saya cuba sedaya upaya bertahan dan memperbaikinya. Saya selalu berdoa supaya Tuhan memberi jalan keluar dan memberi kekuatan dan ketahanan untuk saya memperbaiki kesalahan ni dan tak lakukan lagi.
Mimpi
Hidup ni kena ada mimpi!
Tanpa mimpi, hidupmu seperti tak ada arah. Saya ada beberapa mimpi besar iaitu,
- Membuka kedai buku & stationery di kampung halaman saya, bukan kedai buku biasa2 tetapi yang comel2 dan cantik2
- Menulis dan mem - publish-kan buku kanak-kanak, seronoknya...
Disebabkan dua mimpi besar ni, saya bersemangat untuk hidup dan berusaha ke hari depan.
Fuhhh... panjangnya... haha
saya harap kamu membaca sampai habis.
Menjadi dewasa sememangnya penat tetapi jika difikir-fikirkan kembali, tidak selama-lamanya kita sebagai budak-budak dan dibawah ketiak ibu bapa, kita akan membesar menjadi dewasa juga.
Jadi, apabila dewasa, sudah-sudahlah terkenang-kenang zaman kanak-kanak yang telah berlalu. Belajarlah terima kenyataan yang kita sudah dewasa dan berada di fasa yang up dari dulu!
Jom kita sama-sama belajar menjadi orang dewasa yang sentiasa happy & kuat dalam kehidupan ni. Tak semuanya happy dan tak selamanya susah... let's enjoy the ride!
What's your opinion?
Please share your thoughts.