Antara anak dan kerja

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1V1JpGWDFwQQt2K5mYEXwiO36nRBnV_aV

Perkara paling 'challenging' sebagai ibu bekerja adalah apabila ada masa untuk memilih kerja dan anak. Dua-dua ni sangat2 important for working mom.
Perkara ni tak berlaku hari-hari tetapi ada kalanya akan berlaku apabila anak tidak sihat dan perlu minta excuse dari kerja dan inilah masa yang paling saya tak suka sebab  saya akan rasa bersalah dan rasa tak best tapi at the same time, saya juga risaukan anak yang tidak sihat. Pening pening...

Sebagai ibu yang bekerja, doa saya setiap hari adalah anak sentiasa sihat,selamat dan happy! Dan dalam pada masa yang sama, saya dan suami juga berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan anak kami dan sentiasa memberi yang terbaik untuk anak.

Baru-baru ini, saya ada baca mengenai keadaan anak di taska... aduhaii memang meruntun jiwa dan saya agak takut baca smp habis. Saya sentiasa berdoa semoga semua ni tak berlaku kepada anak saya dan juga anak siapa-siapa di dunia ini. Sebab anak kena hantar pergi taska atau playschool bukan disebabkan ibu bapa tak mampu jaga tetapi disebabkan ibu bapa perlu sama-sama mencari rezeki dan mempercayai taska untuk tolong semasa working hours.

Untuk kita ibu bapa yang hantar anak-anak ke taska/gajikan orang lain jaga anak kita, perlulah alert dengan keadaan anak kita, lagi- lagi anak2 yg belum boleh cakap. Saya dapatkan guide 👇🏻 dari FB Page PHM.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1USXwvrUIHwaF6yZOu9xtZyzO6SdZsyk5

Disebabkan ni kan, saya rasa kami sesuai ada anak satu saja sekarang. Saya bukan menolak rezeki tetapi berapa jumlah anak kita boleh control dan datang dari sendiri. 
Setakat saya tulis post ini, saya sejujurnya tidak ready untuk anak ke-2 kerana saya takut tak boleh jaga dengan kapasiti saya sekarang dan saya takut saya tak boleh memegang komitment anak dua org.
Saya bukannya tak mahu ada anak lagi tapi ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebaiknya dan diri sendiri tak ready utk go through the process again.

Kesimpulan
Kerja memang penting tetapi jika anak sakit, pilihlah anak. Kerja boleh tunggu tetapi anak yang sakit kenalah bawa cepat-cepat ke klinik atau hospital.

What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)