Pengalaman anak Sarawak bekerja di Kuala Lumpur

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1l6GmUoszfVCYHhTyzkM8jl3HFSGFTx0a

Hari ni saya terdetik nak tulis mengenai pengalaman ini. Pengalaman ni nampak macam biasa bagi orang lain tetapi pengalaman ini sangat2 berharga dan luar biasa bagi saya yang berasal dari Sarawak ni.

Saya sudah bekerja di Semenanjung Malaysia lebih dari 10 tahun sekarang. Sebelum ni, saya bekerja di sebuah kilang di Selangor dan saya rasa pengalaman bekerja disini tak kurang mencabar tetapi saya kongsikan pengalaman bekerja di Kuala Lumpur( KL) kerana ini adalah impian original saya.

Saya telah bekerja di KL hampir dua tahun sekarang, pengalaman yang cukup luar biasa dan mencabar.
Kali ni saya rasa saya betul-betul officially bekerja di KL kerana address office di KL.

Bekerja di KL ni kena ada mental dan fizikal yang kuat. 
Setiap hari akan mengalami cabaran yang berbeza.
Saya pergi bekerja dengan menaiki pengangkutan awam so memang unpredictable!
Ada kalanya okay, ada kalanya tak okay. Nak tak nak kena hadap.
Selepas balik dari ofis di petang hari, saya memang kepenatan yang teramat! Dalam pukul 9pm, saya dah betul-betul tak ada energy tetapi saya cuba kuatkan diri sebab anak i perlukan perhatian dan dia nak bermain bersama-sama!

Sejujurnya, kadang-kadang saya tak boleh control, kadang-kadang tak sedar, saya tertidur dan anakku akan kejutkan " wake up mama!", saya rasa bersalah dan sayu tengok dia.

Bekerja di KL ni kadang- kadang best sebab boleh tengok pemandangan iconic yang selalunya saya nampak di buku saja sebelum ni. Rasa bangga dengan diri sendiri.

Tetapi, ada harga yang harus dibayar disebabkan merealisasikan mimpi ni, saya kena berjauhan dari keluarga dan menjalani hidup kos tinggi. Disamping menghadap traffic jammed yang makin hari makin teruk dan bersesak-sesak dalam pengangkutan awam juga.
Banyak kali juga rasa kekurangan tetapi syukur ada keluarga yang selalu ada disaat perlukan bantuan dan semestinya ada Tuhan yang selalu mempermudahkan segala urusan dan memberi kewarasan semasa menghadapi apa jua cabaran hidup di KL ini.
Bagi saya secara peribadi, saya tak mungkin akan bertahan melalui kehidupan di KL ni tanpa kekuatan dan penyertaan dari Tuhan dan sokongan dari keluarga yang selalu mendoakan dan membantu dan tak lupa juga komuniti gereja disini jadi yang ni sangat-sangat membantu kami menjalani kehidupan di tempat orang lain.

Saya dan suami memang ada rancangan nak balik ke Borneo tetapi kami perlu mencari pekerjaan yang sesuai dulu sebelum mengambil keputusan besar itu. Sekarang saya terfikir nak balik kampung disebabkan pertumbuhan anak saya, saya mahu anak saya membesar sebagai Borneo people dan di Borneo. 
Sekarang ni, anak saya membesar sebagai Orang Borneo di tanah bukan Borneo. Maybe gaya hidup dia juga akan berlainan dan saya selalu overthinking mengenai ini. Selain itu, saya selalu rindu keluarga juga, rindu suasana tempat saya bertumbuh jadi dewasa.
Tetapi, ada lagi kekangan untuk ke arah itu dalam masa terdekat jadi jalani kehidupan di bandar dulu lah, bersabar dan berusaha untuk ke arah itu.Doakan ya!

Kesimpulan
Pesanan saya kepada anak-anak Borneo yang nak mencari rezeki di KL ni, saya nasihatkan,
1. Cari komuniti gereja - jangan memandai hidup sendirian, sakit nanti
2. Kuat semangat selalu
3. Pandai mengurus kewangan
4. Enjoy while we are here
5. Take photos as much as you can!

What's your opinion?

Please share your thoughts.

Powered by Blogger.

Follow me on Facebook (@estelle.payaroni)